Selasa, September 15, 2009

Selamat meninggalkan Ramadhan


Kami tenaga kerja LKK mengucapkan selamat meninggalkan Ramadhan dan selamat menyambut eid fitri.semoga perjalanan dalam bulan Ramadhan menjadi bekal untuk menjadi insan yang lebih baik dan bertakwa padaNYA.

Jumaat, September 04, 2009

Kisah Remaja Palestin

Kedengaran suara anak kecil Umar 'Asi melaung-laungkan suaranya: Siapa ada besi buruk, aluminium dan kerusi plastik rosak? Dia berjalan dengan menarik seekor himar yang membawa kereta sorongnya memasuki kampung-kampung dan bandar di Selatan Gaza.

Di salah satu jalan di Utara Bandar Khanyunus, Umar berhenti dengan kereta sorongnya melihat dengan kedua matanya kanak-kanak sebayanya bermain bola sepak. Umar menghentikan laungannya dan dia terus melihat kanak-kanak tersebut dan meminta salah seoarang dari mereka memberinya air untuk minum. Seterusnya Umar yang berumur 15 tahun meneruskan perjalanannya ke kampung Bani Suhaila salah satu perkampungan di kawasaan Timur Khanyunus.

Itulah satu-satunya jalan yang boleh di lakukan oleh Umar untuk membantu keluarganya setelah ayahnya kehilangan pekerjaan disebabkan sekatan ekonomi dan pendapatannya tidak mencukupi untuk menyara keluarga. Umar berhenti sekolah ketika berumur 10 tahun dan bersama salah seorang kawannya mencari dan mengutip besi-besi buruk dan barang-barang terbuang yang lain.

Umar merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik. Adik-adiknya semua perempuan dan sedang belajar di sekolah rendah. Dia cuba menyara keluarga disamping pendapatan ayahnya yang tidak mencukupi hasil bekerja sebagai buruh binaan.

Dia bekerja sepanjang hari bermula pagi sehingga ketiadaan waktu baginya untuk bermain. Khususnya setelah dia memiliki kereta sorong semenjak setahun yang lepas. Dia juga tidak dapat menemui kawan-kawan sebayanya yang berulang-alik ke sekolah. Walaupun dia membantu keluarganya tetapi dia juga mahu bermain seperti kanak-kanak lain namun dia tidak mampu kerana tidak mahu kehilangan pendapatan pada hari tersebut.

Barang terbuang yang dikumpul oleh Umar akan dihantar terus ke kilang plastik atau dia akan mengasingkan logam-logam yang dikumpulnya dan diserahkan kepada individu yang akan menjualnya. Pendapatan hasil jualan tersebut tidaklah banyak. Jadi Umar perlu bekerja keras dan berterusan untuk memastikan pendapatannya sentiasa tetap.

Apa yang dilakukan oleh Umar tidaklah dikisahkan sangat oleh ayahnya tetapi ibunya amat sedih. Kalau boleh dia mahu Umar kembali ke sekolah supaya masa depannya lebih terjamin. Walaupun pekerjaannya sekarang dapat membantu keluarga tetapi masa depannya tidak akan terjamin.

Harapan Umar akan tiba masanya dia akan bebas dari kehidupannya sekarang. Dia dapat kembali ke sekolah, ayahnya dapat kembali kepada pekerjaan asalnya, dia dapat hidup seperti kanak-kanak sebayanya yang lain dan dia dapat membina kembali masa depannya. Dalam menunggu saat-saat itu, Umar terus bangun, terus melaung-laungkan suara: Siapa ada besi buruk, siapa ada kerusi plastik rosak dan suaranya telah menenggelamkan suara- kanak-kanak sebayanya yang sedang bermain.


sumber www.amanpalestin.org

DERMA PALESTIN




Sempena bulan Ramadhan yang mulia, jom kite ramai-ramai membuat amal jariah...sumbangan dengan ikhlas. Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www,amanpalestin.org .
Untuk menderma taip PALESTIN 10/5/3/1 dan hantar ke 39111

Rabu, September 02, 2009

Sekuntum roselle merah


Sekuntum roselle boleh dijadikan pelbagai produk yang berjenama tinggi.

Bahagian kelopak boleh dibuat hiasan, bunganya boleh dijadikan produk makanan, hampasnya boleh dijadikan sabun, bahan solek dan minyaknya boleh digunakan sebagai bahan kelengkapan untuk pelembap. Pendek kata, tiada benda terbuang daripada roselle.

Khasiat perubatan roselle yang dikaji oleh dua penyelidik di Universiti Malaya mendapati roselle sebenarnya mempunyai khasiat perubatan yang cukup tinggi iaitu mampu menurunkan kandungan kolesterol dalam darah.

Kelebihan ini secara langsung dapat meningkatkan kesihatan jantung dan melindungi manusia daripada sebarang serangan penyakit kardiovaskular dan darah tinggi.

Malah unsur antioksida yang aktif, sekiranya diambil secara berterusan, ia dapat merangsang dan melancarkan air kencing dan menurunkan tekanan darah.

Roselle turut membantu proses metabolisme biasa dalam badan manusia serta proses pengoksidaan enzim dalam hati yang bertindak melindungi tisu-tisu hati dan jantung.

Malah ia juga mengandungi banyak asid organik iaitu asid yang sangat berguna kepada manusia sebagai sumber tenaga. Selain dari itu kelebihan roselle yg mengandungi Vit C 6 kali ganda dari limau ini adalah:
- Anti Penuaan
- Pencegah penyakit kardiovaskular
-Pencegah kanser
-Demam panas/selesema
-Resdung (alahan) dan Asma
-Stress atau sukar tidur (Insomnia)

Jom pakat beli produk roselle dr HPA (Kordial Roselle, Minuman Roselle (RTD), Minuman Raselle (35 uncang), Halwa Roselle, Jem Roselle dan Roselle dalam bentuk kapsul)...paling kurang pun belilah minuman roselle =RM2 je...boleh minum terus..

Servis PC / LAPTOP

Kedai juga menyediakan khidmat format CPU dan laptop.

Perkhidmatan :

  • Format + Install Software Avira Antivirus + MSOffice 03/07 = RM 25.00
  • Tempoh baikpulih : 1 minggu(bergantung pada keadaan)
  • Tempat hantar: Kedai Jay, Kolej Kediaman Tun Doktor Ismail,UTHM.
  • Digalakkan membawa cd driver komputer anda.

*** Utk sbrg pertanyaan, sila hubungi mana-mana Tenaga Kerja LKK atau IMRAN (013-7598006).