Rabu, September 02, 2009

Sekuntum roselle merah


Sekuntum roselle boleh dijadikan pelbagai produk yang berjenama tinggi.

Bahagian kelopak boleh dibuat hiasan, bunganya boleh dijadikan produk makanan, hampasnya boleh dijadikan sabun, bahan solek dan minyaknya boleh digunakan sebagai bahan kelengkapan untuk pelembap. Pendek kata, tiada benda terbuang daripada roselle.

Khasiat perubatan roselle yang dikaji oleh dua penyelidik di Universiti Malaya mendapati roselle sebenarnya mempunyai khasiat perubatan yang cukup tinggi iaitu mampu menurunkan kandungan kolesterol dalam darah.

Kelebihan ini secara langsung dapat meningkatkan kesihatan jantung dan melindungi manusia daripada sebarang serangan penyakit kardiovaskular dan darah tinggi.

Malah unsur antioksida yang aktif, sekiranya diambil secara berterusan, ia dapat merangsang dan melancarkan air kencing dan menurunkan tekanan darah.

Roselle turut membantu proses metabolisme biasa dalam badan manusia serta proses pengoksidaan enzim dalam hati yang bertindak melindungi tisu-tisu hati dan jantung.

Malah ia juga mengandungi banyak asid organik iaitu asid yang sangat berguna kepada manusia sebagai sumber tenaga. Selain dari itu kelebihan roselle yg mengandungi Vit C 6 kali ganda dari limau ini adalah:
- Anti Penuaan
- Pencegah penyakit kardiovaskular
-Pencegah kanser
-Demam panas/selesema
-Resdung (alahan) dan Asma
-Stress atau sukar tidur (Insomnia)

Jom pakat beli produk roselle dr HPA (Kordial Roselle, Minuman Roselle (RTD), Minuman Raselle (35 uncang), Halwa Roselle, Jem Roselle dan Roselle dalam bentuk kapsul)...paling kurang pun belilah minuman roselle =RM2 je...boleh minum terus..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan